Monday, March 7, 2011

Kisah Hati

Kebanyakan kita lebih suka cerita tentang hati orang.

Baru-baru ini saya ke majlis minum petang di sebuah rumah orang berada dan punya kedudukan. (Tak kenal sangat pun! Ikut orang jer!)Balik dari majlis terdengar orang bergosip "Rumah ni dipenuhi dgn sick people! Some quit sick and most very sick!" Terkejut dengar statement ni...Nak cakap apa? Tak cakap apa2 pun...just dengar jer! Tp, dlm hati terdetik dan dalam otak terfikir!

"Org mudah bercerita tentang hati orang lain! Ada tak orang cerita tentang hati aku? Elokkah? Sakitkah? Macam mana org menilai hati aku? Pakaian akukah? Perlakuan akukah?"

Tak semena-mena aku risau sendiri....Maklumlah, aku manusia biasa. Ada juga tak eloknya! Mulut kadang2 mengata orang juga! Hati, jgn cakaplah....selalu gak mengata org dlm hati!

Pagi ni log in facebook! Ada juga komen2 wall post berunsurkan perkara macam ni juga! Bertambah-tambahlah rancak otak aku berfikir!

Satu perkara...kita tak boleh menilai orang berdasarkan pakaian dia dan tak juga totally depends on perlakuan dia! Hati manusia Allah sahaja yang tahu. Pakaian yang tutup litup belum tentu pemakainya menutup mulut dr mengata orang lain atau mengeluarkan kata2 tak enak! Perlakuan manusia pula....dunia penuh lakonan! Depan kita sopan gilerrr.....kat belakang, kita plak dikata! Itu lumrah dunia!

Kadang2 ada manusia sanggup menggadai maruah demi menjada keharmonian sesebuah institusi keluarga. Tapi, paling banyak manusia menggadai maruah kerana harta dan kedudukan. Dislike! dislike manusia macam ni!

Manusia juga mudah berubah, harap2 pada masa akan datang aku berubah menjadi manusia yang lebih baik! Begitu juga dengan anda semua.....

3 comments:

  1. Tengkiu!tengkiu! betol kan kata aku lenda..... manusia jarang muhasabah/menilai diri sendiri....tak sudah2 tengok salah silap orang!

    ReplyDelete
  2. lagi jarang dan susah manusia nak mengakui kesilapan dirinya sendiri..sebaiknya kita bgun tidor minta maaf dan memaafkan orang lain..

    ReplyDelete