Tuesday, July 22, 2014

'Brain Power'

- Bahagian 1 - SENAMAN DAN ISTIREHAT


Hari ni bagi topik berat sikit...... cerita tentang otak kita

Secara amnya, sistem badan dan memori kita akan menurun dimana otak kita perlukan lebih masa utk dptkan semula maklumat2 yang telah kita simpan. Tetapi, bagi orang yang mengamalkan gaya hidup sihat, kadar penurunan tersebut adalah sedikit, mereka mampu mengekalkan keupayaan kognitif. Keadaan kesihatan yang merundum menyebabkan penurunan tersebut dan dianggap sebagai sebahagian perkara biasa sebaik sahaja usia meningkat. Sebenarnya, ada beberapa teknik yang boleh membantu mengekalkan 'brain power'

(HAISH! BOSAN LA GUNA BAHASA FORMAL! Mcm nak buat presentation jer....... ok! back to normal.... bahasa pasar!)

Ok... kita boleh amalkan beberapa teknik utk awet muda.... jangan asyik fikir awet muda luaran jer ye! Apalah erti cun melecun diluaran... sekali datang dekat laaaa..... hilang ingatan rupanya! Hehehehe..... gurau jer! Tp betul... kan......

1. Bersenam dan beristirehat secukupnya

Badan kita ni sebenonya akan mengeluarkan penahan sakit semulajadi iaitu endorphins. Bila kita exercise, kita akan rasa lebih bertenaga dan ceria mcm astro ceria! Kalau kita exercise biasanya akan menurunkan kadar menghidap Parkinson sebanyak 17%.

Satu lagi.... biasa kan dengar tentang depression. Terutama sekali post partum depression aka MEROYAN... beri galakan pd org2 yg depress ni supaya exercise.

Kalau dah tua pon, exercise jugak.... so, kadar penurunan keupayaan kognitif pon akan menurun. Lepas tu, utk org tua yg exercise sekurang-kurangya 3 kali seminggu potensi utk menghidap Alzheimer hanya 1/3 berbanding yg tak exercise.

MALAM.... jgn lupa tidur lena utk pastikan cukup rehat. SIANG... jgn nak membuta! 15minit jer cukup utk recharge minda dan tenaga.

Link berkaitan:
1. http://in.reuters.com/article/2014/07/22/us-exercise-menopause-women-idINKBN0FR24P20140722
2. http://www.webmd.com/fitness-exercise/guide/your-exercise-routine-how-much-is-enough

Gambar Sekadar hiasan:

Kucing pon tau nak exercise.....



Exercise dengan control cun



TOPIK NI BELOM HABIS TAU...... TO BE CONTINUED.... MOH BUAT KERJA OPIS!...... (23/07/2014)


Haaa..... kan dah cakap! topik lom habis.... arini 24/07/2014 sambung lagi.....

-Bahagian 2 - BELAJAR.... DAN TERUS BELAJAR.....


Aktiviti intelektual...... aku terasa mcm time zaman study pulak.... huhuhu....

Kalau nak elak dari penyakit dementia a.k.a nyanyuk..... kenalah rajin belajar! Sebab... pembelajaran ni mengaktifkan neuroprotective supaya memainkan peranannya. Tak kisahlah belajar apa-apa pun! Kadang2 benda kecik jer pon.... contohnya: Belajar ketika duduk dalam toilet! hmmmm.... x semestinya kena bawa buku @ bahan bacaan. Dalam toilet, byk jer benda2 yg ada tulisan yg boleh dibaca spt botol shampoo beakang botol tu kan ada mcm2 tulisan n perkataan yg kita tak tau kan... esp bukan bidang kita! Baca jer laaa.... lepas keluar toilet mesti tertanya2 'apakah benda itu? apakah benda ini?'.

Best kan tisu toilet ni! Boleh buat aktiviti senaman otak di tandas....


Kurangya pendidikan formal dan kelemahan kemahiran linguistik mampu menyumbang kepada penurunan kemampuan kognitif pada masa depan. Ni namanya senaman otak! Belajar ni sebenarnya akan memastikan pertumbuhan sel-sel otak dan melatih kita punya memori dan menggalakkan perkembangan sel-sel otak yang baru.

Hmmmm.... teringat iklan susu..."sel-sel otak berhubung!". Saraf dan sel-sel akan berhubung bila otak kita aktif. Jadi, ia memudahkan Synaptic activity secara efektif. Ni la cara nak exercise otak kita utk simpan info n capai semula info dengan mudah! Tak kira la tua ke muda.....Antara aktiviti yg boleh dicuba try test: belajar alat musik, buat hobi baru yg memerlukan kemahiran, tukar kerjaya, belajar bahasa asing, belajar masak resipi pon boleh!

So, sape2 yg bajet muda jgn bajet x payah exercise otak!


Ok lah tu.... penat dah ni! sok sambung lagik!!!

Monday, July 21, 2014

EXFUZE SEVEN CLASSIC


Assalamualaikum..... Bismillah..... Selama ni mmg jarang sangat ambil supplement! Tp, bulan pose kali ni adalah tersangat lembik! Kadang2 mengalahkan Sarah anak aku. Dah try 3 produk tp x jalan..... tp, ini kali... mmg mabeles! Oleh kerana aku ni byk sgt allergy itu ini smp susu pon x leh minum (lactose intolerence), maka aku try carik mcm2 jenis minuman berasaskan tumbuhan sahaja.... last sekali jumpa produk ni kat kedai. maka aku try. Hehehehe....hasilnya not bad laa... tidur lena mcm org kena xanax (cukup masa jer bangun!). Bln pose ni, aku tidur paling awal 10.30mlm -paling lewat 12.00. Bgn tetap mcm biasa... 4.30am dlm keadaan segar bugar! Sebelum ni ada satu hari tu x bgn sahur sbb terlalu letih! Kenapa aku letih??? sebab aku kerja kat ofis tp pd masa yg sama aku kena pergi site juga.... dugaan.... seb baik jumpa produk ni! Apsal laaa dah tengah2 pose baru jumpa ek??? Harga dia kalo x silap RM193... rasa-rasanya boleh tahan utk sbln kot.....

fyi: produk ni ada healing period.... skrg ni ada seketul jerawat yg dah mcm bisul kat dahi! Berkilat mcm diamond you!!! tp dah nak baik laaaa....

Produk ni mcm x banyak dijual dikedai2. So, kalau sesape nak boleh komen di bawah ye....

MEE KERING MAGIC PAN

Assalamualaikum......

Nak entri masak2.... Semalam en suami buka puasa kat luar. En Suami jer ye!! Kami buka puasa kat rumah.... apa lagi! make it simple laaaa.... so tanya anak2 diorang nak makan mee goreng. Hmmmm.... dah lama tak buat mee kering goreng! Yabedabedu.... kita start laaa... bahan2 dia senang jer!


Haaa... tu dia senang jer!

Bahan:

2 keping mee kering vit's
4 ulas bawang putih -kisar
4 biji bawang merah-kisar
1 1/2 sudu teh cili kisar
3 sudu makan kicap mee
1 keping fishcake panjang
hirisan daging (kuantiti ikut suka)
5 ekor udang dibersihkan (jgn buang kulit n kepala yg telah dibersihkan)
sawi (kuantiti ikut suka)
minyak masak untuk menumis
3 - 4 cawan air
garam secukup rasa

Cara:
1. Tumis cili sehingga garing, masukkan bawang2 yang dah dikisar-tumis sampai garing
2. Masukkan kicap - kacau rata, masukkan fishcake n daging - tutup dlm 5 minit.
3. Masukkan air tutup bg didih dlm 5 minit, masukkan mee kering bg lembut - tutup
4. Mee dah lembut masukkan sayur dan udang.
5. Bila udang dah masak.... boleh dihidang.
6. Tunggu waktu berbuka...
ok dah boleh makan!

Mcm tu kira2 nyer nak goreng mi ni...... selamat mencuba....

NEXT EPISODE "MEE KERING BOLEH GORENG MCM MEE SIPUT!"

PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum....... Hehehehe..... sengih dulu! Mak aiii!!! Lamanya tak berblog.... hadirin n hadirat sekalian.... ya ampun..... keadaan tak mengizinkan! Bz katanya.... Harap2 semua sihat sejahtera. Begitu juga saya... Alhamdulillah! Azam yang bermula dari bulan ini ialah nak start searching this n that yang beri manfaat kepada semua. Nak sharing maring benda2 berpekdah... Salah silap mohon diberi teguran. Hamba insan biasa.....

Saturday, July 6, 2013

TEGUR MENEGUR

Assalamualaikum..... salam sejahtera..... dah lama tak sembang2 kat sini. Dah berenti keje ni mcm nak aktif balik la dgn kisah sembang2! Ini adalah nota saya catat ...... Last friday, ada dengar radio IKIM fm. Prof Muhaya kata, beliau ada dengar dari Dr Fadilah Kamsah supaya kita "berdoa agar semua org diberi kekuatan untuk memberi teguran kepada kita". Semoga kita berlapang dada dalam menerima teguran mereka. Kata prof lagi, teguran mereka merupakan teguran dgn izin Allah. Terimalah teguran dengan berlapang dada tanpa ada rasa kecil hati. Orang yang sering berkecil hati adalah orang yang sempit mindanya. Bukalah minda dan berfikiran positif dalam setiap perkara. Ambil setiap teguran orang sebagai teguran membina sungguhpun teguran itu datang dari orang yang tidak menyenangi kita. Insya Allah, kita akan menjadi insan yang lebih maju dari sebelum ini. Tidak dinafikan, ada pelbagai cara manusia menyampaikan teguran. Ada yang lembut, sinis, tegas, lawak, kasar dan sebagainya. Jika disampaikan dengan cara yang lembut, maka Alhamdulillah! Jika disampaikan dengan cara yang tidak kita senangi, maka kita kena ingat n recall- "Pernahkah kita buat begitu pada orang lain?" sebab kita akan dapat balik apa yang kita pernah lakukan. Seperkara lagi.... jika kita nak menegur orang, kita tengok dalam diri kita sendiri terlebih dahulu. Perkara pertama yang mesti kita nilai bila melihat kesilapan orang yang tidak kita senangi ialah "Adakah aku seperti itu?". Akui kesilapan tersebut dan tanamkan rasa malu atas kesilapan tersebut kerana Allah. Bila nak sampaikan teguran, kita pun kena akui ia satu kesilapan dan kita juga pernah lakukan kesilapan yang sama. Kita kena betulkan diri kita. Dan bukan "kamu kena betulkan diri kamu!". Jangan sesekali menegur dengan cara mengaibkan pesalah. Wallahu... semoga ada yang menegur kesilapan saya. Wassalam....

Tuesday, March 22, 2011

Blogku....

Dah alma aku tak update blog ku ini.....Walaupun blogku lebih kepada syok sendiri.....aku tetap syok gak!

Miss u my blog! muah! muah! muah!

Actually, aku sikit busy coz mertua baru balik umrah! Petang ni baru nak balik Seremban 2! Penat nyerrrr.....

Dapat news, hubby akan dihantar utk UN mission ke Lebanon - Malcon.....9 bulan! Sekarang tgh kursus preparation utk ke Lebanon di Kuantan! sampailah bulan 7 nt pi Lebanon....

APa yek news kat sana...aku pun tak taw! Sungguh aku idle.....

Tuesday, March 15, 2011

Memoir Untuk Mak Tina

Hari ini dapat berita sedih.....Mak Tina kembali ke rahmatullah! Sedihnya rasa....

Aku masih ingat macam mana dia layan kami semasa di asrama dulu. Memang terlalu kuat sikap keibuannya. Kami macam anak-anak dia sendiri. Masih aku ingat lagi ketika bulan Ramadan selalu menghulur makanan di siang hari buat yang uzur. Risau sungguh dia kalau kami tak makan.

Hingga kini aku masih boleh ingat kembali macam mana dia memarahi kami dan menjerit memanggil namaku! Maklumlah aku budak nakal. Bila dah dewasa baru aku dapat menjiwai kenapa dia garang. Kalau dulu cuma faham sahaja.....sekarang aku dapat rasakan bila aku sendiri dah ada anak. Semuanya untuk kebaikan anak-anak. Alhamdulillah...berkat kesabarannya kami jadi manusia berguna. Insya Allah! Jasa Mak Tina takkan aku lupa sampai bila-bila!

Akhir sekali aku jumpa Mak Tina masa Raya 2010. Aku try my best arrange nak jumpa Mak Tina. 22 orang confirm nak datang tp, cuma ciput jek yang datang! Aku nampak sedikit kecewa pada wajah Mak Tina yang cuba disembunyikan. Maaf Mak Tina saya dah cuba yang terbaik! Masih ingat lagi dia kata "Entah bila kita boleh jumpa lagi!"

Aku masih sayang dengan Mak Tina. Tapi DIA lebih sayang Mak Tina.....Alfatihah! Semoga Mak Tina ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin!