Thursday, March 10, 2011

Nasi Arab




Aku tengah kemaruk makan nasi arab.....hahahahaha! Tak leh jadik nie....kena try buat sendiri! Carik punya carik....mak ai! sikit punya panjang list ingredient dia!Pastu.....semua resepi leceh nak buat! Why not me try kaji ingredient dia! Hahahaha.....Yiiihaaa! AKu dah dapat idea cemana nak mudahkan resepi nih......Nah hambek kaw resepi aku!

Sup
Bahan-bahan
1/2kg tulang lembu (kalo ada daging sikit lagi elok!)
2 bungkus sup bunjut adabi
2 biji bawang besar belah 6
garam secukup rasa
Cara-cara
1. Rebus semua bahan-bahan dengan air (sama macam rebus untuk buat sup tulang laa.....)

Ayam/daging
Bahan-bahan
1 sudu makan Rempah beriani
4 ketul ayam/daging
Cara-cara
1. Perap ayam dengan rempah beriani

Nasi
Bahan-bahan
2 cawan beras basmathi special (aku guna brand faiza moghul basmathi super special RM8.90 sekilo kalo tak silap)
1 biji bawang besar potong dadu
4 sudu makan minyak sapi untuk menumis
5 biji lada hitam
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
Rempah bunjut sup tulang (bunjut dibuka dan dikisar halus dengan kuah sup atau tumbuk halus)
3 cawan sup tulang
1 biji tomato dipotong dadu
Cara-cara
1. Beras direndam 20 minit dan ditoskan
2. Panaskan minyak sapi dan tumis lada hitam, pelaga, cengkih, bawang besar, tomato dan rempah bunjut yang telah dikisar sehingga garing.
3. Masukkan sup tulang dan biarkan mendidih seketika (5-10 minit)
4. Beras dan ayam/daging perap diselangselikan dalam periuk nasi
5. Tuang sup yang telah ditumis tadi ke dalam nasi periuk. (Biasanya 2 1/2 cawan @ 3 cawan sup dah mencukupi untuk pastikan nasi ni masak)
6. Bila dah kering boleh letak warna kuning (macam pewarna nasi beriani)

Note : Alternatif utk ayam - Boleh rebus sekali dalam sup semasa nak sediakan nasi.(Nasi:Cara-cara no. 5). Tak perlu diperap dengan rempah beriani.

Korang try laaa......tapi, risiko tanggung sendiri sebab bahan2 semua korang yang beli! Hahahaha......Tak salah mencuba kannn.......

Aku buat dapat satu periuk nasik. Anak aku makan macam org tak pernah jumpa nasik arab! Masih ada baki aku bawak opis dengan periuk nasi tu sekali! Makanlah member2 ofis aku tuuu...... Aku cakap " Ini nasi arab keturunan jawa!"

No comments:

Post a Comment