Tuesday, March 15, 2011

Memoir Untuk Mak Tina

Hari ini dapat berita sedih.....Mak Tina kembali ke rahmatullah! Sedihnya rasa....

Aku masih ingat macam mana dia layan kami semasa di asrama dulu. Memang terlalu kuat sikap keibuannya. Kami macam anak-anak dia sendiri. Masih aku ingat lagi ketika bulan Ramadan selalu menghulur makanan di siang hari buat yang uzur. Risau sungguh dia kalau kami tak makan.

Hingga kini aku masih boleh ingat kembali macam mana dia memarahi kami dan menjerit memanggil namaku! Maklumlah aku budak nakal. Bila dah dewasa baru aku dapat menjiwai kenapa dia garang. Kalau dulu cuma faham sahaja.....sekarang aku dapat rasakan bila aku sendiri dah ada anak. Semuanya untuk kebaikan anak-anak. Alhamdulillah...berkat kesabarannya kami jadi manusia berguna. Insya Allah! Jasa Mak Tina takkan aku lupa sampai bila-bila!

Akhir sekali aku jumpa Mak Tina masa Raya 2010. Aku try my best arrange nak jumpa Mak Tina. 22 orang confirm nak datang tp, cuma ciput jek yang datang! Aku nampak sedikit kecewa pada wajah Mak Tina yang cuba disembunyikan. Maaf Mak Tina saya dah cuba yang terbaik! Masih ingat lagi dia kata "Entah bila kita boleh jumpa lagi!"

Aku masih sayang dengan Mak Tina. Tapi DIA lebih sayang Mak Tina.....Alfatihah! Semoga Mak Tina ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin!

1 comment:

  1. SALAM...mungkin ini kebetulan agaknye yek..saya rasa saya mcm kenal dengan kak tina ni....asrama SAB MUAR KE...

    ReplyDelete