Sunday, February 27, 2011

Berat Badan Bertambah Setelah Berkahwin!

"Betul ke?" Kalau soalan ini yang tercetus dari minda anda, bermakna anda harus berhati-hati. Ini kerana kebanyakan kita memandang ringan tentang penampilan diri kita sebaik sahaja menjejakkan kaki ke alam rumah tangga. Cuba perhatikan pasangan di sekeliling anda dan ingat kembali bagaimana penampilan mereka sebelum berkahwin.
Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan kegemukan/obesiti faktor genetik, kadar metabolisme, cara hidup dan banyak lagi! Perkahwinan hanyalah pemangkin atau jambatan ke arah kegemukan!
Kenapa saya kata begitu? Sebab.......
1) Bila sudah berkahwin, kita sering merasakan tidak ada persaingan dari segi penampilan diri kerana sudah berjaya memiliki buah hati! "Tak pe! Dia memang suka aku begini!" Minda kita telah ditanam dengan kata 'kelihatan indah di mata dia'.

2) Tiada sokongan dari pasangan. Kadang2 tu memang kita berkesedaran bahawa kita dah terlebih berat badan dan perlu berusaha untuk turunkan berat badan. Malangnya ada pula pasangan yang berdialong begini "Tak payahlah nak pi jogging! Buat penat jer!Kalau awak mcmni pun saya suka juga! Ada saya cari lain? Tak de kannn!"

3) Tak mahu membazir...."Sayang makanan lebih2 ni...habiskan sajalah!". Perkara seperti ini seringkali berlaku dalam rumahtangga. Kita kerap mengambil makanan berlebihan kerana sejak dari kecil kita diajar supaya jangan membazir. Oleh yang demikian, kita perlu bijak menentukan kuantiti makanan yang diperlukan dalam rumahtangga kita.(Saya pula begini...."Abang tolong habiskan makanan ni! Nak simpan sikit sangat. NAk buang sayang!" Sori ye bang!)

4) Wanita dan lelaki memerlukan kadar kaborhidrat yang berbeza! Lelaki banyak otot2 utk digunakan yg mana memerlukan lebih tenaga. Tetapi, menu makanan yang di hidang seringkali sama sahaja antara suami atau isteri. Lebih teruk lagi bila jumlah pengambilan yang sama antara kedua-duanya.Wanita sentiasa memenuhi kehendak ahli keluarga dalam bab menu tanpa memikirkan kesan negatif.

5) Perubahan hidup yang lebih memerlukan banyak pengorbanan dan tanggungjawab menyebabkan kita seringkali tidak memberi ruang masa utk diri sendiri. Selalu lupa untuk memikirkan penampilan diri sendiri. Bila hidup berumahtangga, kita sering mengutamakan ahli2 keluarga yang lain sehingga hampir sehari suntuk menghabiskan masa untuk mereka sehingga tak ada masa untuk bersenam. Kalau ada masa pun dah leat malam, dah penat masa tu! Percaya tak kebanyakan wanita banyak berdiri bila berada dirumah? Cuba cari-cari....

Saya lihat, perkara-perkara di atas memang berlaku pada diri saya! Betul! Betul! Betul! Lepas ni nak tulis tentang cara terbaik mengelakkan perkara ini atau macam mana nak reverse psycho minda kita. Insya Allah.....jika berkesempatan....

To be continued......

No comments:

Post a Comment