Saturday, July 6, 2013

TEGUR MENEGUR

Assalamualaikum..... salam sejahtera..... dah lama tak sembang2 kat sini. Dah berenti keje ni mcm nak aktif balik la dgn kisah sembang2! Ini adalah nota saya catat ...... Last friday, ada dengar radio IKIM fm. Prof Muhaya kata, beliau ada dengar dari Dr Fadilah Kamsah supaya kita "berdoa agar semua org diberi kekuatan untuk memberi teguran kepada kita". Semoga kita berlapang dada dalam menerima teguran mereka. Kata prof lagi, teguran mereka merupakan teguran dgn izin Allah. Terimalah teguran dengan berlapang dada tanpa ada rasa kecil hati. Orang yang sering berkecil hati adalah orang yang sempit mindanya. Bukalah minda dan berfikiran positif dalam setiap perkara. Ambil setiap teguran orang sebagai teguran membina sungguhpun teguran itu datang dari orang yang tidak menyenangi kita. Insya Allah, kita akan menjadi insan yang lebih maju dari sebelum ini. Tidak dinafikan, ada pelbagai cara manusia menyampaikan teguran. Ada yang lembut, sinis, tegas, lawak, kasar dan sebagainya. Jika disampaikan dengan cara yang lembut, maka Alhamdulillah! Jika disampaikan dengan cara yang tidak kita senangi, maka kita kena ingat n recall- "Pernahkah kita buat begitu pada orang lain?" sebab kita akan dapat balik apa yang kita pernah lakukan. Seperkara lagi.... jika kita nak menegur orang, kita tengok dalam diri kita sendiri terlebih dahulu. Perkara pertama yang mesti kita nilai bila melihat kesilapan orang yang tidak kita senangi ialah "Adakah aku seperti itu?". Akui kesilapan tersebut dan tanamkan rasa malu atas kesilapan tersebut kerana Allah. Bila nak sampaikan teguran, kita pun kena akui ia satu kesilapan dan kita juga pernah lakukan kesilapan yang sama. Kita kena betulkan diri kita. Dan bukan "kamu kena betulkan diri kamu!". Jangan sesekali menegur dengan cara mengaibkan pesalah. Wallahu... semoga ada yang menegur kesilapan saya. Wassalam....