Tuesday, July 22, 2014

'Brain Power'

- Bahagian 1 - SENAMAN DAN ISTIREHAT


Hari ni bagi topik berat sikit...... cerita tentang otak kita

Secara amnya, sistem badan dan memori kita akan menurun dimana otak kita perlukan lebih masa utk dptkan semula maklumat2 yang telah kita simpan. Tetapi, bagi orang yang mengamalkan gaya hidup sihat, kadar penurunan tersebut adalah sedikit, mereka mampu mengekalkan keupayaan kognitif. Keadaan kesihatan yang merundum menyebabkan penurunan tersebut dan dianggap sebagai sebahagian perkara biasa sebaik sahaja usia meningkat. Sebenarnya, ada beberapa teknik yang boleh membantu mengekalkan 'brain power'

(HAISH! BOSAN LA GUNA BAHASA FORMAL! Mcm nak buat presentation jer....... ok! back to normal.... bahasa pasar!)

Ok... kita boleh amalkan beberapa teknik utk awet muda.... jangan asyik fikir awet muda luaran jer ye! Apalah erti cun melecun diluaran... sekali datang dekat laaaa..... hilang ingatan rupanya! Hehehehe..... gurau jer! Tp betul... kan......

1. Bersenam dan beristirehat secukupnya

Badan kita ni sebenonya akan mengeluarkan penahan sakit semulajadi iaitu endorphins. Bila kita exercise, kita akan rasa lebih bertenaga dan ceria mcm astro ceria! Kalau kita exercise biasanya akan menurunkan kadar menghidap Parkinson sebanyak 17%.

Satu lagi.... biasa kan dengar tentang depression. Terutama sekali post partum depression aka MEROYAN... beri galakan pd org2 yg depress ni supaya exercise.

Kalau dah tua pon, exercise jugak.... so, kadar penurunan keupayaan kognitif pon akan menurun. Lepas tu, utk org tua yg exercise sekurang-kurangya 3 kali seminggu potensi utk menghidap Alzheimer hanya 1/3 berbanding yg tak exercise.

MALAM.... jgn lupa tidur lena utk pastikan cukup rehat. SIANG... jgn nak membuta! 15minit jer cukup utk recharge minda dan tenaga.

Link berkaitan:
1. http://in.reuters.com/article/2014/07/22/us-exercise-menopause-women-idINKBN0FR24P20140722
2. http://www.webmd.com/fitness-exercise/guide/your-exercise-routine-how-much-is-enough

Gambar Sekadar hiasan:

Kucing pon tau nak exercise.....



Exercise dengan control cun



TOPIK NI BELOM HABIS TAU...... TO BE CONTINUED.... MOH BUAT KERJA OPIS!...... (23/07/2014)


Haaa..... kan dah cakap! topik lom habis.... arini 24/07/2014 sambung lagi.....

-Bahagian 2 - BELAJAR.... DAN TERUS BELAJAR.....


Aktiviti intelektual...... aku terasa mcm time zaman study pulak.... huhuhu....

Kalau nak elak dari penyakit dementia a.k.a nyanyuk..... kenalah rajin belajar! Sebab... pembelajaran ni mengaktifkan neuroprotective supaya memainkan peranannya. Tak kisahlah belajar apa-apa pun! Kadang2 benda kecik jer pon.... contohnya: Belajar ketika duduk dalam toilet! hmmmm.... x semestinya kena bawa buku @ bahan bacaan. Dalam toilet, byk jer benda2 yg ada tulisan yg boleh dibaca spt botol shampoo beakang botol tu kan ada mcm2 tulisan n perkataan yg kita tak tau kan... esp bukan bidang kita! Baca jer laaa.... lepas keluar toilet mesti tertanya2 'apakah benda itu? apakah benda ini?'.

Best kan tisu toilet ni! Boleh buat aktiviti senaman otak di tandas....


Kurangya pendidikan formal dan kelemahan kemahiran linguistik mampu menyumbang kepada penurunan kemampuan kognitif pada masa depan. Ni namanya senaman otak! Belajar ni sebenarnya akan memastikan pertumbuhan sel-sel otak dan melatih kita punya memori dan menggalakkan perkembangan sel-sel otak yang baru.

Hmmmm.... teringat iklan susu..."sel-sel otak berhubung!". Saraf dan sel-sel akan berhubung bila otak kita aktif. Jadi, ia memudahkan Synaptic activity secara efektif. Ni la cara nak exercise otak kita utk simpan info n capai semula info dengan mudah! Tak kira la tua ke muda.....Antara aktiviti yg boleh dicuba try test: belajar alat musik, buat hobi baru yg memerlukan kemahiran, tukar kerjaya, belajar bahasa asing, belajar masak resipi pon boleh!

So, sape2 yg bajet muda jgn bajet x payah exercise otak!


Ok lah tu.... penat dah ni! sok sambung lagik!!!

Hehehehe..... sambung lagi! 25/07/2014

- Bahagian 3 - BERI TUMPUAN DAN TERUS FOKUS


Macam biasa laaaa..... makin tua otak pon semakin tak efisien dan mudah sangat terganggu dengan persekitaran. Kalau perasan laaaa..... org tua ni byk yg tak suka bising2! Hatta, ada yang cucu terasa hati sebab kena marah dengan atuk. Tak pasal2 cucu tak suka nak balik rumah atuk!

Hmmmm... ni la salah satu perangai cucu bila balik rumah atuk! TV dia punya......

Tapi, baru-baru ni ada kajian kata otak sebenarnya lebih mudah nak digest info bagi sesetengah orang yang mampu beri tumpuan dan terus fokus dalam keadaan ruang yang bising.


Senam Otak: moh kita cuba fokus dalam suasana hiruk pikuk macam kat dlm pasaraya.... cuba la hafal senarai shopping list! Erk! tapi bagi aku shopping list last minute nak raya x yah buat pon x pe sebab tak nak pi shopping last minute dah nak raya! huhuhuu......

Huhuhuhu..... tak sanggup!


Sekian utk pagi ini..... lenkali sambung lagiiiii......

Sambung lagi..... dah nak habis raya baru ada peluang.....

BAHAGIAN 4 - KAWAL TAHAP GULA DALAM DARAH

Check Gula......

Wanita..... Wanita ye!!!! Wanita dengan tahap gula yang tidak stabil mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit nyanyuk.....(Huhuhuhu.... sian ko perempuan!)walaupun tak de kencing manis. Kalau korang nak tau, kencing manis ni boleh menyebabkan kerosakan otak dan saluran darah.So, sila jaga pemakanan! Jgn mentang2 raya, semua main bantai makan jer! Mana2 glucose yg ada dlm badan tu, the best solution utk bakar gula ialah dengan senaman..... Mana yg dah ada diabetis tu kena la jaga2 ye!

Korang mcm ni tak???? Ni tanda2 org kencing manis!

p/s: kalau manis dlm kencing manis tu boleh bawake muka kan best! Manis jer muka.....

Monday, July 21, 2014

EXFUZE SEVEN CLASSIC


Assalamualaikum..... Bismillah..... Selama ni mmg jarang sangat ambil supplement! Tp, bulan pose kali ni adalah tersangat lembik! Kadang2 mengalahkan Sarah anak aku. Dah try 3 produk tp x jalan..... tp, ini kali... mmg mabeles! Oleh kerana aku ni byk sgt allergy itu ini smp susu pon x leh minum (lactose intolerence), maka aku try carik mcm2 jenis minuman berasaskan tumbuhan sahaja.... last sekali jumpa produk ni kat kedai. maka aku try. Hehehehe....hasilnya not bad laa... tidur lena mcm org kena xanax (cukup masa jer bangun!). Bln pose ni, aku tidur paling awal 10.30mlm -paling lewat 12.00. Bgn tetap mcm biasa... 4.30am dlm keadaan segar bugar! Sebelum ni ada satu hari tu x bgn sahur sbb terlalu letih! Kenapa aku letih??? sebab aku kerja kat ofis tp pd masa yg sama aku kena pergi site juga.... dugaan.... seb baik jumpa produk ni! Apsal laaa dah tengah2 pose baru jumpa ek??? Harga dia kalo x silap RM193... rasa-rasanya boleh tahan utk sbln kot.....

fyi: produk ni ada healing period.... skrg ni ada seketul jerawat yg dah mcm bisul kat dahi! Berkilat mcm diamond you!!! tp dah nak baik laaaa....

Produk ni mcm x banyak dijual dikedai2. So, kalau sesape nak boleh komen di bawah ye....

MEE KERING MAGIC PAN

Assalamualaikum......

Nak entri masak2.... Semalam en suami buka puasa kat luar. En Suami jer ye!! Kami buka puasa kat rumah.... apa lagi! make it simple laaaa.... so tanya anak2 diorang nak makan mee goreng. Hmmmm.... dah lama tak buat mee kering goreng! Yabedabedu.... kita start laaa... bahan2 dia senang jer!


Haaa... tu dia senang jer!

Bahan:

2 keping mee kering vit's
4 ulas bawang putih -kisar
4 biji bawang merah-kisar
1 1/2 sudu teh cili kisar
3 sudu makan kicap mee
1 keping fishcake panjang
hirisan daging (kuantiti ikut suka)
5 ekor udang dibersihkan (jgn buang kulit n kepala yg telah dibersihkan)
sawi (kuantiti ikut suka)
minyak masak untuk menumis
3 - 4 cawan air
garam secukup rasa

Cara:
1. Tumis cili sehingga garing, masukkan bawang2 yang dah dikisar-tumis sampai garing
2. Masukkan kicap - kacau rata, masukkan fishcake n daging - tutup dlm 5 minit.
3. Masukkan air tutup bg didih dlm 5 minit, masukkan mee kering bg lembut - tutup
4. Mee dah lembut masukkan sayur dan udang.
5. Bila udang dah masak.... boleh dihidang.
6. Tunggu waktu berbuka...
ok dah boleh makan!

Mcm tu kira2 nyer nak goreng mi ni...... selamat mencuba....

NEXT EPISODE "MEE KERING BOLEH GORENG MCM MEE SIPUT!"

PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum....... Hehehehe..... sengih dulu! Mak aiii!!! Lamanya tak berblog.... hadirin n hadirat sekalian.... ya ampun..... keadaan tak mengizinkan! Bz katanya.... Harap2 semua sihat sejahtera. Begitu juga saya... Alhamdulillah! Azam yang bermula dari bulan ini ialah nak start searching this n that yang beri manfaat kepada semua. Nak sharing maring benda2 berpekdah... Salah silap mohon diberi teguran. Hamba insan biasa.....

Saturday, July 6, 2013

TEGUR MENEGUR

Assalamualaikum..... salam sejahtera..... dah lama tak sembang2 kat sini. Dah berenti keje ni mcm nak aktif balik la dgn kisah sembang2! Ini adalah nota saya catat ...... Last friday, ada dengar radio IKIM fm. Prof Muhaya kata, beliau ada dengar dari Dr Fadilah Kamsah supaya kita "berdoa agar semua org diberi kekuatan untuk memberi teguran kepada kita". Semoga kita berlapang dada dalam menerima teguran mereka. Kata prof lagi, teguran mereka merupakan teguran dgn izin Allah. Terimalah teguran dengan berlapang dada tanpa ada rasa kecil hati. Orang yang sering berkecil hati adalah orang yang sempit mindanya. Bukalah minda dan berfikiran positif dalam setiap perkara. Ambil setiap teguran orang sebagai teguran membina sungguhpun teguran itu datang dari orang yang tidak menyenangi kita. Insya Allah, kita akan menjadi insan yang lebih maju dari sebelum ini. Tidak dinafikan, ada pelbagai cara manusia menyampaikan teguran. Ada yang lembut, sinis, tegas, lawak, kasar dan sebagainya. Jika disampaikan dengan cara yang lembut, maka Alhamdulillah! Jika disampaikan dengan cara yang tidak kita senangi, maka kita kena ingat n recall- "Pernahkah kita buat begitu pada orang lain?" sebab kita akan dapat balik apa yang kita pernah lakukan. Seperkara lagi.... jika kita nak menegur orang, kita tengok dalam diri kita sendiri terlebih dahulu. Perkara pertama yang mesti kita nilai bila melihat kesilapan orang yang tidak kita senangi ialah "Adakah aku seperti itu?". Akui kesilapan tersebut dan tanamkan rasa malu atas kesilapan tersebut kerana Allah. Bila nak sampaikan teguran, kita pun kena akui ia satu kesilapan dan kita juga pernah lakukan kesilapan yang sama. Kita kena betulkan diri kita. Dan bukan "kamu kena betulkan diri kamu!". Jangan sesekali menegur dengan cara mengaibkan pesalah. Wallahu... semoga ada yang menegur kesilapan saya. Wassalam....

Tuesday, March 22, 2011

Blogku....

Dah alma aku tak update blog ku ini.....Walaupun blogku lebih kepada syok sendiri.....aku tetap syok gak!

Miss u my blog! muah! muah! muah!

Actually, aku sikit busy coz mertua baru balik umrah! Petang ni baru nak balik Seremban 2! Penat nyerrrr.....

Dapat news, hubby akan dihantar utk UN mission ke Lebanon - Malcon.....9 bulan! Sekarang tgh kursus preparation utk ke Lebanon di Kuantan! sampailah bulan 7 nt pi Lebanon....

APa yek news kat sana...aku pun tak taw! Sungguh aku idle.....

Tuesday, March 15, 2011

Memoir Untuk Mak Tina

Hari ini dapat berita sedih.....Mak Tina kembali ke rahmatullah! Sedihnya rasa....

Aku masih ingat macam mana dia layan kami semasa di asrama dulu. Memang terlalu kuat sikap keibuannya. Kami macam anak-anak dia sendiri. Masih aku ingat lagi ketika bulan Ramadan selalu menghulur makanan di siang hari buat yang uzur. Risau sungguh dia kalau kami tak makan.

Hingga kini aku masih boleh ingat kembali macam mana dia memarahi kami dan menjerit memanggil namaku! Maklumlah aku budak nakal. Bila dah dewasa baru aku dapat menjiwai kenapa dia garang. Kalau dulu cuma faham sahaja.....sekarang aku dapat rasakan bila aku sendiri dah ada anak. Semuanya untuk kebaikan anak-anak. Alhamdulillah...berkat kesabarannya kami jadi manusia berguna. Insya Allah! Jasa Mak Tina takkan aku lupa sampai bila-bila!

Akhir sekali aku jumpa Mak Tina masa Raya 2010. Aku try my best arrange nak jumpa Mak Tina. 22 orang confirm nak datang tp, cuma ciput jek yang datang! Aku nampak sedikit kecewa pada wajah Mak Tina yang cuba disembunyikan. Maaf Mak Tina saya dah cuba yang terbaik! Masih ingat lagi dia kata "Entah bila kita boleh jumpa lagi!"

Aku masih sayang dengan Mak Tina. Tapi DIA lebih sayang Mak Tina.....Alfatihah! Semoga Mak Tina ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin!

Sunday, March 13, 2011

Private and Confidential

Aku sajer jek taruk title P & C.....

Ekceli aku nak cerita ala-ala kepoci skit. Cerita pasal orang yang tak jaga maruah orang lain! Begini kisahnya.....

Start semalam, aku tengok ada couple bertekak tak sudah2 dekat dgn ofis aku. Mamat tu langsung tak gentleman! Jagalah air muka sendiri n air muka org lain.....marah kat awek tak yah terpekik terlolong okkkkkk!!!!!! Menyampah aku n opismate aku dengo! Tak malu ke?

Dah seminggu dah cenggini! Hampeh tol! Korang pi masuk utan la kalo nak gaduh terpekik terlolong!

Thursday, March 10, 2011

Nasi Arab




Aku tengah kemaruk makan nasi arab.....hahahahaha! Tak leh jadik nie....kena try buat sendiri! Carik punya carik....mak ai! sikit punya panjang list ingredient dia!Pastu.....semua resepi leceh nak buat! Why not me try kaji ingredient dia! Hahahaha.....Yiiihaaa! AKu dah dapat idea cemana nak mudahkan resepi nih......Nah hambek kaw resepi aku!

Sup
Bahan-bahan
1/2kg tulang lembu (kalo ada daging sikit lagi elok!)
2 bungkus sup bunjut adabi
2 biji bawang besar belah 6
garam secukup rasa
Cara-cara
1. Rebus semua bahan-bahan dengan air (sama macam rebus untuk buat sup tulang laa.....)

Ayam/daging
Bahan-bahan
1 sudu makan Rempah beriani
4 ketul ayam/daging
Cara-cara
1. Perap ayam dengan rempah beriani

Nasi
Bahan-bahan
2 cawan beras basmathi special (aku guna brand faiza moghul basmathi super special RM8.90 sekilo kalo tak silap)
1 biji bawang besar potong dadu
4 sudu makan minyak sapi untuk menumis
5 biji lada hitam
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
Rempah bunjut sup tulang (bunjut dibuka dan dikisar halus dengan kuah sup atau tumbuk halus)
3 cawan sup tulang
1 biji tomato dipotong dadu
Cara-cara
1. Beras direndam 20 minit dan ditoskan
2. Panaskan minyak sapi dan tumis lada hitam, pelaga, cengkih, bawang besar, tomato dan rempah bunjut yang telah dikisar sehingga garing.
3. Masukkan sup tulang dan biarkan mendidih seketika (5-10 minit)
4. Beras dan ayam/daging perap diselangselikan dalam periuk nasi
5. Tuang sup yang telah ditumis tadi ke dalam nasi periuk. (Biasanya 2 1/2 cawan @ 3 cawan sup dah mencukupi untuk pastikan nasi ni masak)
6. Bila dah kering boleh letak warna kuning (macam pewarna nasi beriani)

Note : Alternatif utk ayam - Boleh rebus sekali dalam sup semasa nak sediakan nasi.(Nasi:Cara-cara no. 5). Tak perlu diperap dengan rempah beriani.

Korang try laaa......tapi, risiko tanggung sendiri sebab bahan2 semua korang yang beli! Hahahaha......Tak salah mencuba kannn.......

Aku buat dapat satu periuk nasik. Anak aku makan macam org tak pernah jumpa nasik arab! Masih ada baki aku bawak opis dengan periuk nasi tu sekali! Makanlah member2 ofis aku tuuu...... Aku cakap " Ini nasi arab keturunan jawa!"

Monday, March 7, 2011

Kisah Hati

Kebanyakan kita lebih suka cerita tentang hati orang.

Baru-baru ini saya ke majlis minum petang di sebuah rumah orang berada dan punya kedudukan. (Tak kenal sangat pun! Ikut orang jer!)Balik dari majlis terdengar orang bergosip "Rumah ni dipenuhi dgn sick people! Some quit sick and most very sick!" Terkejut dengar statement ni...Nak cakap apa? Tak cakap apa2 pun...just dengar jer! Tp, dlm hati terdetik dan dalam otak terfikir!

"Org mudah bercerita tentang hati orang lain! Ada tak orang cerita tentang hati aku? Elokkah? Sakitkah? Macam mana org menilai hati aku? Pakaian akukah? Perlakuan akukah?"

Tak semena-mena aku risau sendiri....Maklumlah, aku manusia biasa. Ada juga tak eloknya! Mulut kadang2 mengata orang juga! Hati, jgn cakaplah....selalu gak mengata org dlm hati!

Pagi ni log in facebook! Ada juga komen2 wall post berunsurkan perkara macam ni juga! Bertambah-tambahlah rancak otak aku berfikir!

Satu perkara...kita tak boleh menilai orang berdasarkan pakaian dia dan tak juga totally depends on perlakuan dia! Hati manusia Allah sahaja yang tahu. Pakaian yang tutup litup belum tentu pemakainya menutup mulut dr mengata orang lain atau mengeluarkan kata2 tak enak! Perlakuan manusia pula....dunia penuh lakonan! Depan kita sopan gilerrr.....kat belakang, kita plak dikata! Itu lumrah dunia!

Kadang2 ada manusia sanggup menggadai maruah demi menjada keharmonian sesebuah institusi keluarga. Tapi, paling banyak manusia menggadai maruah kerana harta dan kedudukan. Dislike! dislike manusia macam ni!

Manusia juga mudah berubah, harap2 pada masa akan datang aku berubah menjadi manusia yang lebih baik! Begitu juga dengan anda semua.....

Wednesday, March 2, 2011

Nasi Arab Damsyik


Alhamdulillah...Hari ini ada orang belanja makan! Makan free sape tak nak kannn......Sebenonya aku naka makan nasik arab kat restoren Nasi Arab Damsyik, Jln Paroi-Seremban. Pastu, ada plak hamba Allah yang volunteer nak belanja! Wallaaaa.....makan free kan best!

Kitorang pegi berlima officemate. Dah booked dah! Dapat duduk bhgn dalam restoren n duduk sila - tp makan kat meja la! Ala-ala jepun! Kat atas tu gamba nasik yg sekarang dalam proses nak di digest! Harap2 cepatlah digest coz kenyang sangat. Nasik dia best tak terkira! Makan dengan ayam n kambing panggang. Lembut daging ayam n kambing tu! Best! Cicah dengan sos dia...tp, tak tau plak nama sos dia! Diorang order juice! 2 Mango 2 mango lassi! Aku minum air suam jer coz selsema! Huhuhuhu.....

Best part bila tengah syok makan sorang adik officemate, Wira dah tersalah amik Kak Yan nyer mango juice- so, dia sorang jek 2 gelas mango juice. Dia dah malu, order lagi satu mango ganti Kak Yan nyer! hehehehe.....

Dah abis makan sembang2 jap! En Asrizam kata dah macam nasik ambeng Johor! Memang pun - ada rupa laa cara dia hidang! Cuma kalau nasi ambeng dulang lebih besar dan kalau dulu2 makan dalam dulang tu juga! Sekarang dah siap pinggan utk makan. Pastu, nasi ambeng tu dibungkus buat berkat. NAsi Arab tak dek cenggitu yek!

Kisah dia makan nasi ambeng: Pegi rumah kawan -kenduri. bermatian nak habiskan satu dulang 4 orang makan. Toleh kanan-kiri org bungkus apahal plak? Tanya member baru dia tau satu dulang bukan utk mentekedarah kat situ gak! Bungkus makan dengan family laaa...... Hahahahah (Buncit la ko kalo dpt abis satu dulang share 4 org!)

Hamba Allah pi kaunter utk bayar....sebelum tu sempat lagi aku paw dia...air juice sekotak coz tadi minum air suam jek! Kira-kira....Hehehehe $92.00! Kira berbaloi laaa.....sebab sedap n banyak! Kat bawah ni gamba juice tu.....tp, aku dah balun gak! hahahaha.....



Korang nak resepi nasik arab? Nah Hambek ni....tp, aku lom cobe! Tanyalah MG neehhh.....tiffinbiru@blogspot.com (tak tau kenapa tak leh direct link!)

Selsema

Sejak semalam dijangkiti selsema. Kat rumah anak kena selsema n kat ofis colleague kena selsema! Tak suka!
AKu memang sensitif kalau org kena selsema. Pasti aku kena juga. Malam tadi best sungguh tido sebab sblm tido aku makan ubat selsema......lena sungguh!

Apa agaknya menu paling sesuai utk org kena selsema? Cari....n cari....

Tuesday, March 1, 2011

Exercise! Exercise! (At your workplace)

Nowadays, with the current economic situation, employer tried their best to maximise productivity in efficient manner. And always, health care is not taken into account and not the crucial issue towards productivity. Most employer doesn't realise that taking health care into account may impact health claims and sick leave (MC) which will increase the productivity. In my opinion, it is part and major HR responsibilities of employer to boost employee health and well-being with '0' cost as its hard to provide corporate fitness programs.
Exercise break
To ensure lower health care claim and sick leave, employer need to produce active employee. 30 minutes is enough for simple exercise without sweat. This exercise break must be supervise by the superior to ensure the exercise time was spend wisely (not for tea/coffe break)
Choose the colour
Choose colours that soothing like blue and green. Use colours for department with creative thinking an dlive discussion
Get outside
I believe, most employer encourage employee to get outside and active thru task assign. Try to set a breath of freash air and get some sunlight. Organising family day with sports competition may help to boost morale and team solidarity too.
Improve the quality of indoor air
Plants in the office may improve indoor air quality. Choose green plant which may soothing. Create a corner with natural environment - employer may create this environment at cafe/canteen.
No sweat exercise
Work on proper posture. Instead of sit on a chair, employer may provide exercise ball to strengthen abs and back. Stand up and move around - try to avoid using intercom to communicate among the employee. Count your steps and aim for 6,000 to 10,000 steps - swing arms and take deep breath to feel more alert.
Make it natural
Natural light - sunlight can reduce stress and fatigue which may enhance productivity. Use full-spectrum lights that mimic sunlight's benefits in other areas.

Get start now! Be active!

Sunday, February 27, 2011

Berat Badan Bertambah Setelah Berkahwin!

"Betul ke?" Kalau soalan ini yang tercetus dari minda anda, bermakna anda harus berhati-hati. Ini kerana kebanyakan kita memandang ringan tentang penampilan diri kita sebaik sahaja menjejakkan kaki ke alam rumah tangga. Cuba perhatikan pasangan di sekeliling anda dan ingat kembali bagaimana penampilan mereka sebelum berkahwin.
Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan kegemukan/obesiti faktor genetik, kadar metabolisme, cara hidup dan banyak lagi! Perkahwinan hanyalah pemangkin atau jambatan ke arah kegemukan!
Kenapa saya kata begitu? Sebab.......
1) Bila sudah berkahwin, kita sering merasakan tidak ada persaingan dari segi penampilan diri kerana sudah berjaya memiliki buah hati! "Tak pe! Dia memang suka aku begini!" Minda kita telah ditanam dengan kata 'kelihatan indah di mata dia'.

2) Tiada sokongan dari pasangan. Kadang2 tu memang kita berkesedaran bahawa kita dah terlebih berat badan dan perlu berusaha untuk turunkan berat badan. Malangnya ada pula pasangan yang berdialong begini "Tak payahlah nak pi jogging! Buat penat jer!Kalau awak mcmni pun saya suka juga! Ada saya cari lain? Tak de kannn!"

3) Tak mahu membazir...."Sayang makanan lebih2 ni...habiskan sajalah!". Perkara seperti ini seringkali berlaku dalam rumahtangga. Kita kerap mengambil makanan berlebihan kerana sejak dari kecil kita diajar supaya jangan membazir. Oleh yang demikian, kita perlu bijak menentukan kuantiti makanan yang diperlukan dalam rumahtangga kita.(Saya pula begini...."Abang tolong habiskan makanan ni! Nak simpan sikit sangat. NAk buang sayang!" Sori ye bang!)

4) Wanita dan lelaki memerlukan kadar kaborhidrat yang berbeza! Lelaki banyak otot2 utk digunakan yg mana memerlukan lebih tenaga. Tetapi, menu makanan yang di hidang seringkali sama sahaja antara suami atau isteri. Lebih teruk lagi bila jumlah pengambilan yang sama antara kedua-duanya.Wanita sentiasa memenuhi kehendak ahli keluarga dalam bab menu tanpa memikirkan kesan negatif.

5) Perubahan hidup yang lebih memerlukan banyak pengorbanan dan tanggungjawab menyebabkan kita seringkali tidak memberi ruang masa utk diri sendiri. Selalu lupa untuk memikirkan penampilan diri sendiri. Bila hidup berumahtangga, kita sering mengutamakan ahli2 keluarga yang lain sehingga hampir sehari suntuk menghabiskan masa untuk mereka sehingga tak ada masa untuk bersenam. Kalau ada masa pun dah leat malam, dah penat masa tu! Percaya tak kebanyakan wanita banyak berdiri bila berada dirumah? Cuba cari-cari....

Saya lihat, perkara-perkara di atas memang berlaku pada diri saya! Betul! Betul! Betul! Lepas ni nak tulis tentang cara terbaik mengelakkan perkara ini atau macam mana nak reverse psycho minda kita. Insya Allah.....jika berkesempatan....

To be continued......

Wednesday, February 23, 2011

Ustaz Dzulkarnain - Yassin.mp3

KAWAN.....LUPAKAH?

Kisah lupa kawan memang perkara biasa! Kadang2 bukan setakat lupa, makan kawan pun ada! Berikut adalah contoh2 biasa!
Kalau zaman aku remaja dulu (tak sangka aku dah tua sehingga boleh kata 'zmn remaja dulu' - ok terima hakikat!) memang perkara biasa. Especially zaman study! Time nak exam/buat assignment kita akan cari kengkawan...mcm tu gak kengkawan kita! Buat study group! Pernah terjadi kat aku, org pinjam nota aku - aku bagi jek! buat apa nak kedekut ilmu....tp, time subjek lain, aku nak pinjam note dia, di aboleh kata "Aku nak study n nak guna nota ni!" Muka dia...selamba derkkkk jek! Cesss!!!!! Terkena aku! Ni kategori makan kawan- boleh tak?
Time buat assignment, group members ada 5 orang (contohnya lah!). Tp nak dpt cooperation sikit punya susah!!! Lastly, buat sorang2 dpt settle b4 due date! Sib baekkk! (Rezeki koranglah dpt tompang sekaki). Tp, aku bukanlah baek sgt ponnn.....ade gak aku buat gitewww!!! Tp, berpada-padalah kannn.....
Ni plak kisah sahabat baek (kononya laaa......) Ke hulu .....Ke hilir....berdua sakan. Nak mandi nak makan pon boleh pi sama2! Tak paham aku....yang aku kesian, bila dah dapat boyfriend, sahabat kembar dia pun dilupakan! Huhuhuhu......sakitnya hati!!!! (Tau la dah ada boyfriend yg boleh angkut ke hulu ke hilir pengganti diri! Tp, tak leh pi mandi sama2 kannnn.....hehehehe)
Tak baek lupakan kawan.....itulah kawan kita baek buruknya.....susah senangnya! Bak kata pepatah: "kawan ketawa senang di cari! Kawan menangis nak dapat satu pun susah!" Berbaliklah pada yang MAHA ESA.....dialah segala2nya! Time menangis carilah DIA....ada di mana-mana!

TERINGAT KAT KAWAN LAMA BILA BACA BLOG lendanuar@blogspot.com. TQ LENDA FOR THE BRILLIANT IDEAS! (termasuklah masak2 ko yg mabeles tuu.... dah byk yg aku cobe n menjadik!)

Monday, February 21, 2011

Saat dan Ketika Ini

Saat dan ketika ini
Aku sendiri..
Mencari dan terus mencari.....
"Apa yang aku cari?" soal hati
"Entah apa yang aku cari!" jawab sendiri

Tapi....
Aku terus mencari
Dengan akal anugerah Illahi
Walaupun masih tak mengerti
Tak mengerti kenapa aku begini

Lalu ku sujud padamu Illahi
Berilah aku petunjuk tenangkan hati
Aku sujud mohon padamu Illahi
Entah untuk kesekian kali
Baru kini kutemui

"Ya Allah, sungguh aku manusia biasa
Ku sujud sekali lagi
Sujud syukur padamu
Maka tenanglah hati ini
Dengan petunjuk darimu"
Sungguh......Kau Yang Esa

Sunday, February 20, 2011

An Article 'Retain Your Brain Power'

Generally, our system and storage of memory will decline as we get older which we will need longer to retrieve and process information stored in memory parallel with our age. However, for people with healthy lifestyle, their cognitive abilities remain sharp.

Poor physical health may caused the decline as people takes it as normal part of ageing. Fortunately, few techniques may help to retain brain power.

Exercise and Sufficient Rest
Our body release a natural painkiller called endorphins when we exercise. We will feel more energetic and cheerful. Men who exercise moderately have 17% lower risk of Parkinson's disease than sedentary men. Exercise also may help people with depression. Studies also shown that older people's cognitive abilities decline leas. Exercise with 3 times a week for older people's were about a third less to develop Alzheimer's. A quality night sleep is important to regenerates. 15 minute quality nap during day time may recharge your mind and body energy.
Keep Learning
Intellectual activities produce favourable changes in brain and play neuroprotective role against dementia. Low level of formal education and poor linguistic skills will influence declining in cognitive abilities in future. Brain exercise Will ensure continuous growth brain cells. Learning will exercise your memory and survival of new brain cells. Nerves and cells will connect when brain is active which will facilitate effective synaptic activity. This will exercise your brain to store and retrieve information easily, regardless of age. You may try some brain exercise such as learning musical instrument, new hobby which requires skills, switch careers, learning foreign language, learn to cook new dish and etc.
Concentrate and Stay Focused
As we get older, the brain become less efficient and easily get distract by environment. However, recent study showed that level of brain ability to digest sensory information is more effective to people who able to concentrate and stay focused in a noisy room. As brain exercise, try to focus and concentrate in noisy environment, listen intently and memorise shopping list, puzzle and memory games and etc.
Check your Blood Sugar
Women with chronically elevated blood sugar have a greater risk of mild cognitive impairment or dementia, even if they are not diabetic. Perpetually high blood sugar may cause brain and blood vessel damage. Exercise is the best solution to burn glucose for fuel and this will help stabilise blood sugar level. Also, watch your food!
Feed Your Brain
Balanced diet that's rich in omega oils, essential amino acids, minerals and vitamins may contribute to sharper memory. Fish is one of good source for essential oil neeeded by cells to function optimally. Apples, bell peppers, celery, bamboo shoots etc may help too.
Antioxidants for your brain
As our brain ages, important nerve cells become less capable of protecting themselves from free radicals which candamage cells and contribute to mental decline. Fortunately, body system can protect itself against axidative stress by producing antipxidants. Fruits with vitamin C, vitamin E, beta-carotene and selenium is well-known antioxidants. Vitamin B is important as well in preserving brain function which can control onflammation and promote to develop new brain cells.
Invest now for your future brain!
Source : Jee Wan, Thrive-Mutual Priority Service Gold

Tuesday, October 5, 2010

HORMAT ORANG TUA

Kisah ni berlaku dalam family hubbyku........apa yang boleh aku kata.......KESIAN!

Tok n Babah dah berusia! Tok 91 n babah 80 kottt....... Anak2 semua menjadi! Jusa belaka! Sorang Pengarah! Sorang Tuan Hakim! Sorang Sr manager! Sorang lagi suri rumah yg mewah!
Babah tu mmg buta huruf cuma boleh baca Jawi jek! Tapi, berjalan dah keliling dunia! Tok yang didik babah! Bagi aku ....... Tok seorang suami yang berjaya mendidik isteri.....

Malangnya, diorang ni tak dihargai oleh anak2 sendiri! Pernah sekali Tn Hakim suruh driver hantar tuk but then half way jek! Coz cucu demam nak hantar cucu pi hospital! Hampeh tol! Bagi aku..... biarlah cucu tu.... diorang kan ada mak bapak! Kesian tok babah!

Si Pn Pengarah plak! tinggal selang 2 rumah dr rumah tok! nak visit diorang sikit la punya susah!!!

Kesimpulanku : Tok n Babah Kesunyian......

Monday, June 14, 2010

Diri saya

Oleh kerana saya baru lagi dengan blog ni..... saya tak familiar dan orang tak kenal saya! Jadi my 1st post ni biarlah saya kenalkan diri saya.

Saya asal dari kampung...Pt Bugis, orang susah! Ayah saya petani. Emak apa lagi.... bantu ayahlah disamping membesarkan 9 orang anak. Saya anak ke 4. Saya selalu rasa saya paling nakal! Tapi, agaknya mak nak jaga hati saya.... mak kata tak! senang nak jaga saya masa kecik!
Saya ada 2 org abang, 1 kakak, 3 adik perempun dan 2 adik lelaki.

Saya sudah berkahwin dengan seorang askar dan ada 2 org princess wp tak berapa princess! Bila dah ada anak.... baru tau, susahnya nak mendidik anak. Kalau setakat besarkan anak.... apa masalah! Kasi makan banyak2 besarlah dia nanti.....