CERITA TENTANG HATI
Terselak semula buku lama.....lalu terfikir sekarang zaman orang suka sangat bergaduh! Bergaduh! Bergaduh n bergaduh! Tak penat ke? Apsal gaduh2 yek? Bila fikir2 balik....tanya hati kita!
Kalau kita cerita tentang hati....ramai fikir tentang cinta dunia - boyfriend/girlfriend,bg yg baru berjinak2 dgn couple2 ni lah! Kalo dah kawen tu panjang sikit akal dia, cinta pada suami, keluarga org tua, rakan2 etc....... Tapi, sekarang bukan itu! Bukan! Bukan! Bukan! Ini cerita tentang kedudukan hati kita.......Sihat tak? Ke sakit?
TANDA HATI YANG SAKIT:
Orang yang hatinya sakit tak merasakan perkara maksiat atau perkara dilarang sebagai sesuatu yang salah. Mereka tak rasa benda2 maksiat sebagai kotor tp, mereka rasa benda ni sebagai nikmat dunia! Nauzubillah........Orang begini tak dapat bezakan perkara yang salah dan benar. Kalau mereka bezakan pun cuma dari segiteori sahaja. Hakikatnya, mereka tetap lakukan juga! Lepas tu, mereka enggan menerima kebenaran dan bekalan hati.
PUNCA HATI YANG SAKIT:
Hati jadi sakit kerana terlalu banyak maksiat bersarang dalam hati dan selalu buruk sangka. Lebih teruk lagi bila ada rasa buruk sangka kepada Allah. Hati ini menerima fitnah secara terus tanpa perlu mempertimbangkan kebenanarannya.
RACUN HATI :
Ada 4 jenis:
1) Berlebih-lebihan dalam berbicara.
Umar bin Khattab r.a. berkata "Barangsiapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya, dan orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya, sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka.
2)Berlebih-lebihan dalam melihat sesuatu.
Sikap ini dapat menimbulkan angan-angan yang melekakan. Pandangan merupakan salah satu anak panah Iblis. Peluang ini digunakan oleh Iblis untuk masuk ke dalam hati. Bak kata kita sendiri "Dari mata jatuh ke hati". Bila dah jadi begini, hati sendiri pun tak tenteram. Kalau tak percaya cuba tanya org yg kena panahan cinta! Mula2 tengok, pastu berkenan di hati. pastu makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Mabuk cinta daaa........Leka dgn cinta sendiri!
3) Berlebih-lebihan ketika makan.
Jangan makan banyak sangat! Syaitan suka menggoda ketika kita kenyang sebab bila kenyang mata pun ngantuk......Syaitan pon sorongkanbantal! Tido sampai tertinggal solat1 (ish!ish! Syaitan! Syaitan!). Perut kita 1/3 utk makan, 1/3 utk minum n 1/3 utk bernafas! (Cemana nak tau 1/3 tu yek?)
4)Berlebih-lebihan Dalam Bergaul
Bila berlebih-lebihan dalam bergaul, macam2 boleh jadi! Cara bergaul dalam islam telah digariskan batasan-batasannya.....jadi apa lagi...I Follow.....Pergaulan bebas tengoklah apa jadinya! HIV! Nauzubillah.....Hati dan minda tak dapat mengawal nafsu inilah akibatnya!
PENAWAR:
Senang saja.....ingat ALLAH! Di mana-mana pun kita ingat ALLAH!
1) Al-Quran/Zikir
2) Istighfar
3)Doa
4) Selawat
5) Qiyamulail
Nampak senang....tp, kenapa liat sangat kita nak buat! Bukan kitalah! SAYA!
Wallahu......Lain kali saya sambung lagi cerita tentang hati.....Wassalam....
MENANGIS DALAM HATI
Pernah menangis dalam hati? Tentu pernah kan.....Dalam pada kita mengharungi dugaan kurnia Illahi ini, kita selalu tak sedar bahawa kita sedang menangis dalam hati! Dalam hati sahaja, tak menitis air mata! Tapi, seksanya Allah shj yg tau! Ini termasuklah putus cinta dengan kekasih dunia!
Bila kita sedang menangis dalam hati, kita selalu pujuk diri sendiri!"Tak mengapa! Inilah dugaan hidup! Pasti ada hikmahnya!". Tapi, tak kurang juga ada manusia yang melemparkan sumpah seranah terhadap seterunya. (Hish! Tak baik cenggitu!)
Kadang-kadang kita rasa macam tak ada tempat mengadu! Walhal, Allah Maha mendengar! Ramai yang mengeluarkan kenyataan "Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis nak dapat satu pun susah" Itulah antara keluh kesah kita dan itulah lumrah dunia. Ketika kita keluh kesah spt ini, Dia Maha mendengar walaupun kita berbicara dalam hati. Takkan ada siapa melainkan DIA! DIA SAHAJA!
Sebagai manusia biasa juga...... tak ada siapa yang sempurna! Sebenarnya menangis pun tak apa. Sebab menangis itu juga terapi bagi hati yang sedang menangis.....Menangislah sepuas hati! Lepas tu, panjatkan doa kepada yang MAHA ESA..... Amin.....
Apa-apa hal pun, kembali kepada yang ESA.....Insya Allah....diberi petunjuk dan hidayahNya!